top of page

Mengenai Kami

Sejak zaman dahulu, masyarakat Melayu telah mengamalkan pelbagai ramuan tradisional untuk meningkatkan kesihatan. Petua-petua tradisi ini diwariskan sejak turun-temurun dan masih kekal popular dalam kalangan masyarakat Melayu zaman sekarang. Tambahan pula, kajian moden turut mengiktiraf kebaikan menggunakan ramuan tradisional Melayu untuk membina kesihatan yang kuat.

Harwany Malaysia menggabungkan ramuan tradisional Melayu dengan teknologi pengilangan moden untuk menghasilkan produk kesihatan yang halal, suci dan bermutu tinggi. Kami amat menitikberatkan kepuasan dan kesejahteraan pelanggan kami. Oleh itu, kami senantiasa memastikan produk-produk Harwany mencapai kualiti yang tertinggi dengan kelulusan HACCP dan GMP.

Semua produk Harwany mendapat sambutan baik dalam kalangan muslimin dan muslimat di Malaysia dan disahkan halal oleh JAKIM. Jadikanlah Harwany sebahagian daripada diet kesihatan harian anda!

oie_transparent (11).png
oie_transparent (12).png
bottom of page